Saya telah dilahirkan
anak lelaki kepada
keluarga Muslim di
Malaysia. Keluarga kami
mempunyai tradisi
keagamaan dan politik
yang panjang dan
penting di Malaysia.
Sebagai orang-orang
kenamaan di dalam
sebuah negara Islam,
agama Islam telah
memainkan peranan
utama dalam semua
aspek kehidupan
seharian kami.
Saya telah dibesarkan
mengikut adat istiadat
Islam, diajar bahasa
Arab, pendidikan Al-
Qur'an, upacara-
upacara penyucian, doa,
puasa dan sebagainya.
Tetapi saya juga
mempunyai
kesempatan untuk kerap
mengembara dan
bermastautin semasa
kecil di berbagai-bagai
negara asing dan
menimba ilmu
pengetahuan mengenai
kebudayaan-
kebudayaan dan
agama-agama yang
berlainan. Saya
berpeluang berkenalan
dengan penganut-
penganut agama
Buddha, Hindu, Yahudi,
Kristian dan teramat
ingin tahu, yang
manakah satu-satunya
agama yang betul.
Memang jelas tidak
mungkin adanya Allah
yang Esa tetapi ada pula
pelbagai jalan untuk
mengenal Dia kerana
ajaran dan perintah-
perintah setiap agama
itu kerap bercanggah;
maka tidak mungkinlah
Allah yang sama yang
memberi ajaran agama-
agama tersebut kepada
manusia. Renungilah
alam ciptaan-Nya!
Belajarlah hukum-
hukum fizik. Setiap hari
kita dapat menikmati
seorang Pencipta
dengan kebijaksaan,
pengetahuan dan logik
yang tidak terbatas!
Selanjutnya, Pencipta ini
tidak mungkin begitu
mengelirukan dan kelam
kabut seperti yang
dilambangkan oleh
agama-agama di dalam
dunia ini.
Saya teringat kepada
satu peristiwa ketika
berumur enam tahun.
Oleh kerana darjatnya
ayah sering ke merata-
rata tempat sehingga
kadang-kadang saya
tidak bertemu
dengannya untuk
berbulan-bulan. Pada
suatu hari, saya amat
merinduinya dan ingin
bertemunya. Terlintas
pada fikiran saya pula
untuk berdoa kepada
Allah agar membawa
ayah pulang. Tetapi
pada ketika itu, timbul
pula masalah yang
besar! Saya maklum
akan bagaimana berdoa
dalam bahasa Arab dan
juga upacara penyucian
tetapi saya tidak erti
langsung bagaimana
berdoa kepada Allah
untuk keperluan yang
khusus. Saya tidak
mampu berdoa kepada
Allah untuk hasrat itu
dalam tertib yang
berpatutan, disusuli
dengan ayat-ayat yang
betul dan teratur
bentuknya. Saya hanya
mengenal Allah sebagai
Tuhan yang sangat,
sangat jauh. Dia Tuhan
Kudus yang hanya
dapat dijangkau melalui
pendalaman ilmiah Al-
Qur'an berserta
perintah-perintah di
dalamnya, upacara-
upacara penyucian yang
betul serta Bahasa Arab
yang betul. Sebaliknya,
saya mempelajari
bahawa agama Kristian
itu sebagai agama yang
mudah, berasaskan
kasih dan maaf - yang
sentiasa sedia menerima
mereka yang lemah dan
tidak layak. Saya selalu
kagum apabila
menonton filem-filem
Kristian semasa kecil.
Sebagai contoh, dalam
kisah Quo Vadis,
golongan orang Kristian
yang ditindas dan
diseksa oleh orang
Rom, dengan hati yang
rela sedia memaafkan
perbuatan orang Rom
yang keji itu. Golongan
orang Kristian itu
kemudiannya telah
dibuang untuk dibaham
singa-singa buas yang
lapar di gelanggang
perlawanan
(amphitheater).
Berhadapan dengan
maut, mereka mula
memuji dan
menyembah Tuhan
mereka. Saya dapat
merasai satu tenaga
kuat yang tidak dapat
dijelaskan tersebar
daripada kumpulan
Kristian itu. Mereka
lemah, namun kuat.
Mereka menghadapi
maut, tetapi pasti akan
hidup untuk selama-
lamanya. Saya sangat
kagum tetapi juga keliru.
Akhirnya, saya
membuat keputusan
untuk berdoa dengan
neutral dan memohon
kepulangan ayah tidak
lewat dari esok.
Pada keesokan harinya,
terdapat ketukan di
pintu. Ketika saya
membuka pintu,
terlihatlah wajah ayah
yang bersenyum ke
arah saya. Ayah
memaklumkan bahawa
dia mahu
memeranjatkan kami
dengan kepulangannya!
Alangkah gembiranya
perasaan saya dan saya
tahu bahawa doa saya
itu telahpun dikabuli
Allah. Pada waktu itu,
saya sudah yakin akan
kewujudan Allah. Tetapi
masih terletak pada hati
saya azam untuk
mengetahui siapakah
Allah yang sebenarnya!
Ketika di tanahair, saya
dapati bahawa adat
istiadat dan hukum-
hukum Islam sukar
dituruti. Semasa bulan
Ramadan bulan puasa,
saya dilarang menelan
air liur. Apabila saya
terkentut selepas
membersihkan diri
sebelum
bersembahyang,
haruslah membersihkan
diri sekali lagi. Jika pula
menguap, ayat-ayat Al-
Qur'an mesti dibaca
untuk mencegah diri
dari dirasuk oleh
makhluk halus yang
masuk melalui mulut.
Saya juga dilarang
menyentuh anjing,
mahupun bermain
dengan anjing mainan.
Antara barang
kepunyaan saya ialah
rantai leher yang terhias
dengan ayat-ayat suci
yang mesti ditanggalkan
sebelum ke tandas.
Terdapat beribu-ribu lagi
perintah-perintah yang
harus ditaati sehingga
saya menjadi sangat
takut sekiranya
melakukan kesilapan
dan seterusnya gagal.
Maka, saya tidak dapat
menemui ketenteraman
jiwa.
Pada satu ketika, saya
telah menerima sebuah
Al-Kitab dan mula
membacanya. Saya
membaca keempat-
empat Injil Matius,
Markus, Lukas dan
Yahya di dalam
Perjanjian Baru. Setiap
ayat yang dibaca
menyeru kepada hati
saya. Saya dapati
bahawa di depan Allah,
kita semua pendosa.
Tidak kira betapa kuat
dan tekunnya kita cuba
memenuhi kehendak
hukum-hukum itu, kita
tidak mungkin akan
berjaya. Ini kerana Allah
itu lebih Kudus dari
yang disangka. Cuma
satu dosa memadai
dalam hidup kita untuk
membatalkan
kemasukan kita ke
dalam Syurga.
Tambahan pula saya
mengakui bahawa saya
telah berdosa sekurang-
kurangnya sekali di
dalam hidup saya.
Tetapi Allah telahpun
berfirman: (Efesus 2:8)
"Hal ini demikian, kerana
dengan rahmat Allah,
kamu diselamatkan oleh
sebab kamu percaya
kepada Yesus.
Penyelamatan itu bukan
hasil usaha kamu
sendiri, melainkan
kurnia Allah."
***
Pada satu hari, ayah dan
saya sakit tenat. Saya
telah menemui
beberapa orang doktor,
tetapi mereka semua
tidak berjaya
menentukan jenis
penyakit itu. Biarpun
saya memakan semua
ubat yang diberikan,
saya merasa letih dari
hari ke hari. Saya telah
hilang berat badan
sebanyak dua belas
kilogram dan terasa
bahawa sudah hampir
tiba masanya untuk
menemu ajal. Kemudian
barulah saya mula
berdoa kepada Allah.
Saya mengaku segala
dosa-dosa saya dan
memohon ampun dari
Allah. Saya menerima
korban yang diberi Allah
melalui anaknya Yesus
Al-Masih dan kematian
Yesus sebagai ganti
saya untuk dosa-dosa
saya. Walaupun saya
tidak terdaya untuk
makan, berdiri atau
melakukan apa-apa
perkara yang fizikal -
saya berupaya untuk
berdoa dan bersedia
untuk bertemu dihakim-
Nya pada Hari Kiamat
buat selama-lamanya.
Memanglah menjadi
hasrat saya untuk ke
syurga.
Setelah empat atau lima
hari terlantar di dalam
bilik tanpa rawatan, saya
dimasukkan ke dalam
hospital. Di masa yang
sama, ayah dimasukkan
ke dalam Unit Rawatan
Rapi (ICU). Pada satu
pagi, saudara-mara
saya telah mengejutkan
saya dari tidur dan
menyampaikan berita
sedih bahawa ayah
telahpun meninggal
dunia...
Punca rasmi kematian
arwah ayah ialah kerana
lemah jantung. Tetapi
sebenarnya, doktor-
doktor tidak dapat
mengenal pasti punca
penyakit yang dihidapi
kedua-dua ayah dan
saya. Terdapat khabar
angin bahawa kami
berdua telah diracun
ataupun mangsa-
mangsa ilmu sihir. Saya
percaya bahawa saya
masih hidup kerana
firman-Nya di dalam
Markus 16:17-18 yang
berbunyi "Kepada
mereka yang percaya
akan diberi tanda-tanda
ini: Mereka akan
mengusir roh jahat
demi nama-Ku; mereka
akan berkata-kata dalam
bahasa yang tidak
diketahui. Jika mereka
memegang ular atau
meminum racun,
mereka tidak akan
mendapat celaka. Jika
mereka meletakkan
tangan pada orang sakit,
orang sakit akan
sembuh"
Beberapa tahun
kemudian saya telah
menghidap penyakit
batin pula dan pakar
psikologi tidak dapat
membantu saya. Saya
terkenang akan kepada
Allah, yang mampu
menolong dalam
situasi-situasi yang
rumit; Allah yang
menyebabkan orang
yang beriman kepada-
Nya rela memaafkan
musuh-musuh mereka
dan menyembah Dia
ketika berhadapan maut
di gelanggang lawan itu
(amphitheater); Allah
yang mampu
memulihkan apabila
seorang itu terminum
racun dan juga yang
rela membantu ketika
kemasyghulan. Secara
kebetulan isteri saya
telah membawa saya ke
upacara ibadat seorang
Evangelist (pengkhabar
Berita Baik) Amerika
(Ray Jennings). Di
sanalah kami sekeluarga
menukar kepercayaan
kepada agama Kristian.
Si Evangelist itu
menumpangkan
tangannya di atas saya
lalu berdoa untuk
penyembuhan saya.
Dengan serta-merta,
saya dipulihkan
menurut firman Allah:
"Kepada mereka yang
percaya akan diberi
tanda-tanda ini: ... jika
mereka meletakkan
tangan pada orang sakit,
orang sakit akan
sembuh"
Pada hari ini saya
bergerak dengan
kehadiran Allah dalam
hidup saya dan saya
tahu bahawa Dia
bersama saya. Kerana
itu, saya mahu kamu
tahu, wahai si pembaca
Muslim, bahawa Allah
yang Esa dan benar
yang diperkisahkan Al-
Kitab itu akan juga
bersama-sama kamu
apabila kamu membuat
keputusan untuk
mengikut cara yang
ditunjukkan Isa.
0 komentar:
Posting Komentar